SAFE – Laman Web Berbahaya
19 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2025 , program SAFE: Laman Web Berbahaya memberi pendedahan kepada murid tentang cara mengenal pasti, mengelakkan dan melaporkan laman web yang tidak selamat. Murid diterangkan tentang ciri-ciri laman web berisiko seperti kandungan palsu, pautan mencurigakan, permintaan maklumat peribadi, serta laman yang mengandungi virus atau penipuan.
Melalui program ini, murid belajar langkah-langkah keselamatan seperti memeriksa URL, menggunakan kata laluan kuat, mengelakkan memuat turun fail dari sumber tidak dikenali, serta mendapatkan nasihat orang dewasa sebelum mengakses sesuatu laman.Kesimpulannya, program ini membantu murid lebih berwaspada dan bijak ketika melayari internet, sekaligus mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan atau ancaman siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: